Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior * Jom Ke Sekolah * Berilmu Dan Beramal

Wednesday 18 January 2017

Kem Kepimpinan 2017

Pada hari ini telah berlangsung Kem Kepimpinan untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong serta ahli jawatankuasa induk unit-unit uniform. Kem kepimpinan ini telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan HEM dengan dikelolakan oleh siswa dari Gabungan Anak Negeri Pulau Pinang Universiti Sains Malaysia kampus induk. Seramai 15 orang siswa telah berkolaborasi bersama pihak sekolah dalam menjayakan  kem kepimpinan ini. Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan dijalankan dalam mengcungkil dan membina bakat kepimpinana dalam diri murid. Semoga kem ini akan dapat menyemai dan menyuburkan bakat kepimpinan dalam diri murid. Ribuan terima kasih dan penghargaan pihak sekolah rakamkan kepada para siswa yang telah membanting tulang dalam menjayakan kem ini. Semoga kerjasama sebegini akan dapat diwujudkan lagi untuk program-program sekolah yang mendatang. 




























Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment