Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior * Jom Ke Sekolah * Berilmu Dan Beramal

SKPM

Koleksi video SKPM

Aspek 4.1 : Penglibatan Murid

- hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan / memberi respons kepada guru / membuat catatan / membuat gerakan fizikal atau arahan guru

- hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru, atau murid dengan bahan

- hampir keseluruhan murid memberi tumpuan kepada pelajaran pada sepanjang waktu pembelajaran.
 



Aspek 4.2 : Penguasaan Pembelajaran Murid

- Murid dapat memberi respon dengan tepat kepada arahan / soalan guru

- Murid memberi pandangan atau idea yang sesuai dan berkaitan dengan pelajaran

- Murid berupaya melakukan tugasan secara akses kendiri, terarah kendiri atau kadar kendiri

- Hampir keseluruhan murid mencapai objektif pembelajaran



Aspek 4.3 : Hasil Kerja Murid


- Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan dengan kemas serta mematuhi prosedur dan format

- Hampir keseluruhan murid menyiapkan semua tugasan atau latihan yang diberikan

- Hampir keseluruhan murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan secara berterusan

- Jumlah dan kekerapan tugasan atau latihan yang dibuat sesuai dengan keupayaan murid

 


Aspek 4.4 : Perancangan Dan Persediaan Guru

- Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan meliputi sepanjang tahun pembelajaran berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan

- Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan bersesuaian dengan Rancangan Pelajaran Tahunan. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.

- Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran

- Refleksi p&p digunakan sebagai panduan untuk merancang Rancangan Pelajaran Harian yang seterusnya



Aspek 4.5 : Kaedah Penyampaian

- Guru mewujudkan kesediaan kepada pelajar untuk belajar

- Kaedah pengajaran adalah sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid

- Aktiviti yang dilaksanakan berkait rapat dengan pengalaman atau pengetahuan murid

- Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak)

- Aktiviti yang dijalankan menarik dan menjurus kepada pencapaian objektif pelajaran

- Aktiviti pembelajaran merangsang pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk nilai dalam kalangan murid

- Aktiviti pemulihan dan pengayaan dilaksanakan dengan terancang

- Guru menyampaikan pelajaran dengan fleksibel mengikut situasi

- Masa pelajaran digunakan dengan optimum

 


Aspek 4.6 : Kemahiran Komunikasi

-Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat dan nada suara yang sesuai

- Guru berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan

- Guru berjaya memotivasikan murid dengan memberi galakan dan pujian





Aspek 4.7 : Penggunaan Sumber Pendidikan

- Guru memilih / menyediakan sumber pendidikan yang sesuai, menarik dan merangsang pemikiran murid

- Penggunaan sumber pendidikan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran

- Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan

 
 

Aspek 4.8 : Pentaksiran 

- Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat penilaian formatif semasa p&p untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid serta memastikan objektif / hasil pembelajaran tercapai

- Guru menggunakan maklum balas penilaian formatif untuk membentuk tindakan pembetulan / penambahbaikan segera dalam p&p

- Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten
 



Aspek 4.9 : Teknik Penyoalan

 - Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah, meliputi pelbagai aras kognitif dan disebarkan ke seluruh kelas

- Guru memberi respons yang sesuai kepada soalan murid

- Soalan yang dikemukakan berjaya meningkatkan minat hampir keseluruhan murid untuk terlibat dengan p&p

- Soalan yang dikemukakan dapat mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid





Aspek 4.10 : Penguasaan Isi Kandungan

Aspek 4.11 : Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/ Makmal / Bengkel / Padang)

As[ek 4.12 : Amalan Profesionalisme Perguruan



Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment