Gambar Oleh : En. Suhairi Yusop
Wednesday, 8 February 2017
[LDP 1 Fasa 2/2017]Persediaan Kelas Abad 21
Pada petang ini telah diadakan LDP 1 Fasa 2. LDP pada kali ini masih berkaitan dengan Pembelajaran Abad 21 iaitu Persediaan Kelas Abad 21.
Gambar Oleh : En. Suhairi Yusop
Monday, 6 February 2017
Jadual Latihan Rumah Sukan
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah bagi tahun ini akan diadakan pada tanggal 30 Mac. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum melalui Setiausaha Sukan, Encik Suhairi Bin Yusop telah mengeluarkan jadual latihan rumah sukan seperti gambar di bawah.
Klik pada gambar untuk besarkan |
Sunday, 5 February 2017
Pelancaran Program Jom Ke Sekolah & Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2017
Pada pagi ini telah diadakan Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas 2017. Majlis telah diadakan di Dewan Terbuka Sekolah dan bermula pada jam 7.45 pagi. Turut hadir sama pada majlis ini ialah Pengawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM, Inspektor Shaffiq Syaidil Bin Sunsubaha dari Unit Siasatan Jenayah Komersial IPD Seberang Perai Utara dan Puan Renugah selaku wakil PIBG. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu patriotik dan ikrar rukun negara. Majlis diteruskan dengan mendengar perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia yang disampaikan oleh Guru Besar, Puan Hajah Karimah Bt. Abdul Mutalib yang seterusnya merasmikan program Jom Ke Sekolah. Perutusan dari Ketua Polis negara pula dibacakan oleh Inspektor Shaffiq Syaidil yang seterusnya merasmikan Peti Aduan Murid. Selesai upacara gimik perasmian peti aduan murid, majlis diteruskan lagi dengan Penyerahan Watikah Perlantikan kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber yang baru dilantik pada tahun ini. Selepas menerima watikah perlantikan, para pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas membacakan ikrar yang dipimpin oleh Nur Izzatun Najihah Bt Khairul Anwar selaku Ketua Pengawas. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.
Gambar Oleh : En. Suhairi Yusop
#jomkesekolah
#sksungainyior
Subscribe to:
Posts (Atom)